HOME Contact Us

Language / Bahasa

PERBADANAN KOTA BUKU

TENTANG KAMI

Memacu industri buku negara melalui teknologi dan inovasi.

TENTANG KAMI

Perbadanan Kota Buku atau Kota Buku ditubuhkan selaras dengan Dasar Buku Negara yang menyokong kepentingan buku khususnya dalam memajukan industri buku tempatan melalui penubuhan "Kota Buku" di Malaysia.

MISI

Mempelopori inisiatif buku komersial beracuankan teknologi di Malaysia.

VISI

Menjadi organisasi buku milik kerajaan yang paling berpengaruh di Asia Tenggara.

MANDAT KAMI

Menyediakan e-infrastruktur untuk pemain industri dan pembaca dalam industri buku bagi menjalankan aktiviti berkaitan buku di bawah satu bumbung.

Menjadi 'pusat sehenti' yang komprehensif untuk industri buku, meliputi latihan, pembelajaran, penyelidikan, perundingan, pameran, dan hab utama transaksi komersial industri buku.

Menyediakan dan mengurus fasiliti serta akses kepada buku tempatan dan antarabangsa.